Jumaat, 30 Januari 2009

Grave Imam Syafie' r.a (Imam Mazhab Syafie')


Inilah makam Imam Syafie' ,saya pernah ziarahnya 2 kali.alhamdulilah......
serba sedikit tentang Imam Syafie':

Riwayat Hidup
-Abu Abdullah Muhammad Bin Idris-digelar As-shafie sempena nama datuknya Syafie bin Saib.-dilahirkan pada tahun 15 hijrah bersamaan tahun767 masihi di Ghuzzah,Palestin
.-susur galur keturunannya bertemu dengan Rasulullah pada neneknya yang bernama Abdul Manaf.(Abd Manaf adalah datuknya yg ke-9.-Ibunya ialah Fatimah Al-Azdiah Bint Abdullah Bin Hassan Bin A'li Bin Abi Talib. Beliau berada di dalam kandungan ibunya selama 2 tahun.
-Beliau adalah pengasas kepada mazhab As-Syafie-mazhab yang mempunyai pengikut yang ramai terutamanya di kawasan Asia Tenggara.Aliran mazhab As-Shafie juga dikenali dengan aliran ahli haduth kerana mazhab As-Syafie lebih mengutamakan hadith daripada Ijma'.
-Beliau meninggal dunia pada tahun 204 hijrah bersamaan tahun 820 masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah Mesir.

Pendidikan
-seorang yang mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kecil.
-ketika berusia 9 tahun,beliau telah menghafaz Al-Qurandi samping menyusun syair dan penulisan
.-beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas pengajian agama di masjidil Haram-mempelajari ilmu Fiqh daripada Imam Muslim Bin Khalid Az-Zanji,hadith daripada Sufian Bin 'Aiinah,ilmu Al-Quran daripada Imam Ismail.-ketika berusia 12tahun,beliau telah menghafaz kitab Al-Mautha' karangan Imam Malik dan seterusnya berguru kepadanya ketika berumur 20tahun.-turut mempelajari dan mendalami bahasa dan kesusasteraan arab sehingga beliau mahir dalam bidang penulisan.
-di dalam usaha mencari ilmu beliau telah mengembara ke beberapa buah negeri seperti Mekah,Madinah,Yaman,Kufah dan Parsi.
-telah membahagikan waktunya kepada 3 bahagian:1) 1/3 malam untuk berehat2) 1/3 malam untuk menulis ilmu3) 1/3 malam untuk beribadat-hasil usaha kegigihannyadi dalam menuntut ilmu,akhirnya beliau telah muncul sebagai imam yang besar dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar kepada umat Islam.

Sifat Peribadi
-memiliki ilmu pengetahuan yang sangat luas dalam berbagai-bagai bidang.Usia remajanya banyak dihabiskan untuk menuntut ilmu.
-bersikap sederhana dalamsegala hal samada pakaian atau makanan.-sangat pemurah-sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
-seorang yang sangat menghormati dan memuliakan guru.-seorang yang tinggi,kacak serta memiliki lidah yg fasih dan suara yg merdu ketika membaca Al-Quran.

Sumbangan-telah menghasilkan kitab dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Bidang Ilmu
Hasil Karya
Usulul Fiqh
-Ar-Risalah-Al-Ahkamul Quran-Al-Um -Abthaalul Istihsaan
Ilmu Fiqh
-Al-Jami'ul Kabir-Al-Faraid-Al-Mukhtasar As-saghir
Ilmu Hadith
-Ikhtilaf Al-hadith-Al-Amaali-Al-Musnad
-juga telah melahirkan ramai ulama' dari kalangan murid-muridnya seperti:1)Al-Imam Abu Ibrahim Bin Yahya Al-Madani2)Al-Imam Ar-Rabi' Bin Ismail Bin Abd Jabbar Al-Marawi3)Ibrahim Bin Khalid Bin Al-Taimi Al-Kabi Al-Baghdadi-merupakan orang yang mula-mula menyusun ilmu Usulul Fiqh.-ketika di Iraq,beliau telah mengeluarkan fatwa yang dikenali dengan'Qoul Qadim' dan sewaktu di Mesir beliau keluarkan fatwa yang dikenali dengan 'Qoul Jadid'.

2 ulasan:

  1. wow.there're many facts in your blog..amazing..I can learn many Islamic history right now..

    BalasPadam