Khamis, 29 Januari 2009

Egypt is land of history



Some information about Pyramid in malay:


Piramid adalah antara tujuh keagungan dunia.Ia adalah yang terunik. Malah ia juga satu-satunya keajaiban yang masih wujud hingga kini. Ia terletak di Giza, bandar purba Memphis dan kini sebahagian daripada Cairo, Egypt. Terdapat tiga piramid yang terkenal iaitu Piamid Khufu, Piramid khefre dan Piramid Menkaure. Nama - nama piramid mengikut urutan dari besar ke kecil.

Piramid ini dibina oleh pharoah Khufu iaitu pemerintah dinasti empat, kira-kira pada tahun 2560 SM berfungsi sebagai tempat persemadian baginda selepas kemangkatannya. Pembinaan piramid ini dikatakan sopistikated oleh masyarakat purba Egypt kerana idea rekabentuknya yang sungguh menarik. Piramid ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk dibina iaitu selama 20 tahun.
Sebelum pembinaan, tapaknya harus disediakan dan segala peralatan dan batu-batan yang diperlukan dibawa ke tapak tersebut. Binaan piramid yang unik berbentuk segitiga adalah amat mengagumkan. Tapi yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana batu-batuan itu diletakkan di tempatnya. Berbagai-bagai telah teori dikeluarkan oleh para ahli saintis yang mengkaji monumen. Adanya yang mengatakan rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah. Teori kedua mengatakan batu-batuan tersebut diltakkan menggunakan alat pembinaan yang khas yang dicipta khas untuk kegunaan pemasangan piramid. Sewaktu ia dibina ia berukuran 145.75m (481 kaki) tinggi. Setelah tahun demi tahun berlalu, piramid telah hilang 10m (30 kaki) ketinggiannya akibat hakisan.

Ia telah disenaraikan sebagai salah satu bangunan tertinggi dunia selama 43 abad sehinggalah ketinggiannya disedari berkurang pada kurun ke-19 AD. Piramid amat dikagumi pada zaman dahulu. Malah sewaktu Napolean Bonarparte yang berjaya menawan Egypt pada tahun 1798, dia telah memuji dan mengagumi binaan piramid. Struktur ini terdiri daripada kira-kira 2 juta blok batuan, dengan berat satu-satu batu tersebut melebihi 2 ton. Jika dibuat perbandingan, blok batu-batuan dari ketiga-tiga piramid ini boleh digunakan untuk membina tembok besar mengelilingi Perancis. Kawasan yang diliputi oleh piramid adalah bersamaan gabungan kawasan ST.Peter's di Rom, Cathedral di Florence dan Milan, Westminster dan St.Paul's di London.
Di kawasan berhampiran piramid ini juga ditemui(1798) sebuah bot yang digunakan untuk membawa mayat raja-raja khufu sebelum ia dibawa untuk disemadikan di dalam piramid dan ia juga dikatakan sebagai kenderaan terakhir buat seorang raja sebelum ia disemadikan buat selama-lamanya. Di bahagian piramid yang mengadap utara terletaknya pintu masuk. Di dalam piramid tersebut terdapat beberapa korridor, galeri dan jalan tersembunyi yang samada menghala ke tempat persemadian raja-raja ataupun ke tempat lain.(laluan ini tidak diketahui fungsinya!) Di hadapan pintu masuk monumen ini juga terdapat dua buah batu yang berbucu tajam, berukuran 3m (10 kaki) panjang, 2.4m (8 kaki) tinggi dan 1.3m (4 kaki) tebal.

Yang menariknya, blok batu-batuan ini disusun dengan begitu rapat sehinggakan sekeping kad pun tidak dapat memasuki celahan pada batu. Kini, bangunan piramid masih ada bersama bangunan Sphinx menjadi kawasan kunjungan pelancong ke Giza.

1 ulasan:

  1. A'kum.hebat ler Da..banyak tahu pasal sejarah Spinx..ehe..hairan ke Spinx takdok hidung..macam mana ya kalau ader hidung..tentu Spinx tukar name jadi Cleopatra..sebabkan dia takder hidung ler dio jadi terkenal..ehe..cuba letak hidung..cantik tak?

    BalasPadam